-->
skip to main | skip to sidebar

Miss Felix Farah

Powered by Blogger.
RSS

To My Blog "Miss Felix Farah" !

Felix Farah
23 Sept 1997
Sweet16
Marang, Terengganu

Archives

  • ▼ 2013 ( 3 )
    • ▼ October ( 3 )
      • H.A.C.K.E.R BAB2
      • H.A.C.K.E.R BAB 1
      • Hanya Aku Cinta Kau, Ezmiel Raykal !! (H.A..C.K.E...

Followers



H.A.C.K.E.R BAB2

06:07 |

BAB 2


“OMG! Weh, kau nampak tak tu?” Tanya Liyana dengan mulutnya terbuka luas ketika melihat Ezmiel Raykal sedang bermain bola sepak di padang sekolah.

“Nampak apa beb? Yang hang bukak mulut hang luas macam tu pasai pa? Nak suruk cik lalat masuk ka?” Soal Farah dengan malas dalam longhat Kedah sambil mengunyah makanan di tepi padang, port yang selalu mereka makan .

Hari ini, dua kawannya yang lain, Hakimah dan Mariam tidak rehat bersama mereka kerana berpuasa. Meraka baru saja mula puasa ganti.

“Tu hah, lelaki idaman sekolah kita ni. Makin lama makin hensem la pulak aku tengok. Dah la tinggi, putih, kaya, pandai main bola sepak pulak tu.” Jawab Liyana dengan matanya tidak lekang melihat aksi Ezmiel Raykal bermain bola sepak.

Ezmiel Raykal adalah senior kepada Farah dan Liyana. Dia tua setahun daripada mereka berdua. Dia juga merupakan budak lelaki yang digilai oleh pelajar perempuan di SMK Tengku Lela Segara. Dia berkacukan England, anak Tan Sri Kamal, pemegang saham terbesar di Malaysia dan pemilik empayar perniagaan Elizeberth.
Tapi bagi Farah, Ezmiel Raykal adalah budak biasa yang mempunyai sifat playboy yang suka memainkan perasaan orang lain, suka memandang rendah pada orang lain dan hanya berkawan dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.

“Tengku Farah Tengku Ahmad! Are listening to me?” Sergah Liyana sambil menepuk tangannya dengan kuat.

“Oh mak kau tergolek terjatuh dalam longkang. Ish kau ni Yana, nasib baik aku takde penyakit jantung, kalau tak mesti aku dah k.o kat sini! Sape yang susah, kau jugak kan.” Marah Farah apabila disergah oleh Liyana. Tangannya perlahan-lahan mengurut dadanya. Kus semangatnya.

“Hahaha. Amboi makcik, cantek kau telatah. Kalau mak mertua lalu depan kau, confirm kena reject awal-awal. Tulah, aku cakap kau tak dengar . Asyik tengok si Ezmiel je. Kau tangkap cintan dengan dia eyh? Kau jangan, aku dah cop dia dulu.” Kata Liyana sambil mengekek ketawa melihat Farah melatah.

Farah hanya mencebik takkala Liyana bercakap.

 ‘Nasib baik la kau ni kawan baik aku selepas Iwan, kalau tak dah lama aku patahkkan tangan kau.’ Guman Farah dalam hati.
“Huh , aku tangkap cintan dengan mamat playboy tu? Oh sorry my friend, simpang malaikat 44 la. He is not my taste la.” Jawab Farah sambil meneruskan suapannya yang tergendala.

“Amboi, bukan ke Ezmiel tu ada sedikit taste kau ke ” Soal Liyana.

“Memang la dia tu ada sedikit taste aku, tapi aku pun tak tau kenapa aku tak suka dia. Mungkin sebab dia tu dari planet lain kot.” jawab Farah dengan selamba .

“Cett, makcik ni. Aku tanya kau serius ni, kau pulak main-main” Liyana sudah memuncungkan mulutnya sedepa.

“Weh, aku serius la ni. Buat apa aku main-main dengan kau, takde mase la. And stop doing that face. Buruk bebenor aku tengok. Dah nak sama macam cik itik gembo-gembo dah. Terutamanya bahagian muncung tu. Kau adik-beradik dengan cik itik gembo-gembo eyh?” Farah mengekek ketawa mengejek Liyana.

“Ish, malas la aku nak layan kau. Boleh jadi gila aku tau tak!?” Marah Liyana. Dia tahu yang Farah hanya bergurau dengannya, tapi dia saja je nak merajuk dengan Farah.

“APA!! Kau gila? Jap aku nak pergi panggil Puan Aida suruh bawak kau pergi ke Hospital Tanjung Rambutan sekarang jugak.” Kata Farah sambil bangun dan mengekek ketawa.

“ FARAH! kau ni tak abis-abis dengan lawak kau yang tak berapa lawak tu! Ish, dah la, jom kita masuk kelas. Kejap lagi masa Biologi. Nanti Puan Zawiyah marah kita pulak kalau kita masuk lambat.” Liyana memberikan jelingan tajam buat Farah.

Farah hanya tersengih sambil menunjukkan giginya tersusun rapi dan mengeluarkan tanda peace pada jarinya.

“Yang kau tersengih macam kerang busuk ni kenapa? Kalau kau nak buat iklan Colgate, bukan kat sini!” Marah Liyana. Kepalanya tidak habis menggeleng melihat keletah Farah yang persis seperti budak 10 tahun.

Liyana menarik tangan Farah dan melangkah laju ke kelas mereka di tingkat 2. Mereka sudah lewat 5 minit ke kelas. Patut pun kawasan padang senyap sunyi je tadi, rupa-rupanya dah habis masa rehat. Nasib baik la cik abang pengawas tadi tak bagi ‘surat cinta’ kepada mereka. Kalau tak, memang rosak la rekod mereka yang bersih lagi murni tu.

Nasib mereka sekali lagi baik. Apabila mereka masuk ke kelas mereka, Puan Zawiyah masih tidak kelihatan. Mereka mengeluh kelegaan. Ketua kelas mereka, Mursyid terus menerpa kearah mereka.
“Apsal korang berdua masuk lambat hah? Nasib baik cikgu tak masuk lagi. Kalau tak, aku nak jawab apa dengan cikgu ‘kesayangan’ kau tu, hah Farah?” Marah Mursyid.

“Ala, sorry la Syid, Kita orang pergi singgah tandas tadi. Ni ha, Farah tiba-tiba sakit perut. Dia pergi la membuang hajat besar dia tu.” Jawab Liyana spontan mewakili Farah. Pandai sungguh dia kelentong Mursyid.

‘Ish Yana ni. Aku pulak yang jadi mangsa kau kan. Buat la alasan yang cun sikit.’ Guman Farah seraya mencubit Liyana. Liyana hanya tersengih sahaja.

“Hahaha. Tau pun takut dengan aku. Aku gurau je la. Cikgu ‘kesayangan’ kau jumpa dengan aku tadi, dia cakap yang dia masukk lambat sikit hari ni. Weh Farah, kau pergi membuang heh? Patut pun bau busuk semacam je.” Kata Musyid sambil menekan perutnya menahan ketawanya daripada meletus.

“Kau tak payah percaya sangat dengan si Yana ni. Nak buat alasan pun agak-agakla.” Marah Farah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments 0
Posted by ✿ Miss Felix Farah ✿

H.A.C.K.E.R BAB 1

14:59 |

BAB 1

Farah terus bangun apabila perutnya berkeroncong meminta untuk diisi. Farah melangkah malas ke bilik airnya selepas mengemas tempat tidurnya. Farah merupakan seorang yang mementingkan kebersihan.

            Selesai mandi dan mengenakan baju T, Farah terus turun untuk makan. Apabila sampai di ruang tamu, ayahnya, Tengku Ahmad menegurnya .

            “Amboi anak dara sorang ni, dah pukul 11:30 pagi baru bangun.”

            “Ala papa, hari ini kan hari cuti. Farah bangun la lambat.” Farah menjawab sambil menayangkan giginya yang tersusun rapi.
           
            “Kamu tu anak dara, Farah. Tak elok bangun lewat. Nanti lambat dapat jodoh tau.” Giliran mamanya, Puan Hasmah menegurnya.

            “Farah baru je umur 16 tahun la mama.”  Farah terus duduk di sebelah mamanya .

            “Lambat laun kamu akan kahwin jugak.” Bidas Puan Hasmah.

            Farah hanya mencebik takkala mamanya bercakap. Tengku Ahmad yang sedang membaca surat khabar hanya menggeleng ketika isterinya bercakap pasal kahwin. Puan Hasmah merengus perlahan apabila Farah mencebik.

            “Kamu ni dah mandi ke belum? Kalau tak mandi lagi tu, pergi mandi dulu baru makan. Pagi ni mama buat nasi goreng je. Owh, lagi satu, nanti mama dengan papa nak pergi jumpa dengan Uncle Man.” Puan Hasmah menjeling anak perempuannya.

            “Ish mama ni, Farah dah mandi la. Wangi lagi tau. Mama masak nasi goreng? Yay!!” Farah sudah bangun dari sofa untuk ke dapur.

            “Hurm, budak ni ikut sama la agaknya.” Gumam Puan Hasmah.

            “Ikut sayang la tu, sapa lagi yang dia ikut.” Balas Tengku Ahmad.

            “Ish abang ni. Dia ikut abang la, kenapa pulak saya.” Puan Hasmah menjeling manja  ke arah suaminya.

“Hurm, dah la. Jom kita gerak sekarang. Nanti lambat pulak sampainya.” Ajak Tengku Ahmad sambil melipat kembali surat khabar yang dibacanya.

Puan Hasmah terus ke dapur untuk memberitahu anaknya. Puan Hasmah menggeleng melihat anaknya makan seperti 10 tahun tak makan.

            “Farah, mama dengan papa pergi dulu ye.” Puan Hasmah menepuk bahu anaknya.

            “Mama nak pergi dah ke?” Soal Farah dengan nasi penuh dalam mulutnya .

            “Ish budak ni, telan la dulu nasi tu baru bercakap. Ni tak, nasi penuh dalam mulut. Yelah, nanti lambat sampai pulak. Kuala Terengganu tu bukannya dekat, jauh perjalanannya.” Jawab Puan Hasmah.

“Erm, ye lah mama. Hati-hati tau.” Farah meneruskan suapan terakhirnya.
           
            “Hurm, oklah mama pergi dulu ye ” Puan Hasmah mengusap kepala Farah.

            Farah menyalami tangan mamanya dan menciumnya. Sejurus Puan Hasmah keluar, Farah membasuh pinggan yang digunakannya. Selepas itu, dia terus menonton televisyen. Dia membuka cerita Running  Man yang direkodnya semalam. Rancangan Running Man merupakan rancangan variety show Korea yang semakin terkenal di Malaysia.


            Farah tergelak apabila Gary, salah seorang peserta Running Man diejek kerana bajunya terkoyak apabila ditarik oleh Song Ji Hyo ketika ingin melarikan diri dari Song Ji Hyo , pihak lawannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments 0
Posted by ✿ Miss Felix Farah ✿

Hanya Aku Cinta Kau, Ezmiel Raykal !! (H.A..C.K.E.R) Prolog

03:48 |

PROLOG



Alunan suara Akon menyanyikan lagu Mr.Lonely memecahkan kesunyian malam. Farah mendengus kasar apabila telefon bimbitnya berbunyi. Potong stim betul la manusia ni! Siapa la yang berani menganggu tengah malam buta macam ni.

Farah mengambil telefon Samsung Galaxy S4 di atas meja sebelah katilnya. Skrin telefon dilihat.

‘Ada apa hal pulak mamat ni telefon aku malam buta ni ?’ Guman Farah perlahan.

Ketika hendak menjawab panggilan, tiba-tiba telefonnya berhenti berbunyi. Selang sesaat, telefonnya kembali mengalunkan lagu Mr.Lonely. Sah. Ini mesti ada sesuatu yang penting yang hendak dikhabarkan. Farah terus menjawab panggilan.

“Farah, cepat datang ke Jalan Tar sekarang jugak! Geng Naga tengah menceroboh kawasan kita ni. Kau kena datang jugak, tolong kita orang kat sini. Geng dia orang ramai ni. Aku dengan budak-budak baru tengah berlawan dengan dia orang. Aku tak cukup tangan dah nak lawan geng Naga ni. Budak-budak ni pun dah lembik dikerjakan mereka.” Iwan bercakap sambil tercungap-cungap. Suara Iwan ditenggelami oleh bunyi  bising akibat pergaduhan yang berlaku.

“Apa!? Ok, aku datang sekarang jugak. Kau tunggu aku.” Farah terkejut apabila mendapat berita dari Iwan, kawan baik lelakinya di telah dikenali sejak kecil lagi.

“Kau jangan datang lambat sangat Far! Aku kat sini dah tak larat nak lawan mereka ni.” Kata Iwan senafas.

Kemudian, telefon terus dimatikan oleh Iwan. Farah bergegas turun dari katilnya dan menyalin pakaian yang sesuai. Dia pergi ke lacinya dan mengambil topeng untuk menutup mukanya agar tidak diketahui oleh orang lain. Dia merupakan ketua gangster yang dinamakan Scorpion. Dia dikenali sebagai Red Tail.

Farah terjengket-jengket melangkah ke pintu belakang untuk keluar. Sejurus itu, dia terus memanjat pagar rumahnya dan terus menahan teksi untuk pergi ke Jalan Tar. Apabila dia sampai di Jalan Tar, dia melihat ahlinya telah terjelepok di atas tanah dan hanya tinggal Iwan sahaja yang masih berlawan dengan geng Naga.

Farah terus mengorak langkah ke arah Iwan dan membantunya berlawan dengan geng Naga itu. Pada pukul 3 pagi baru lah mereka selesai berlawan dengan geng Naga. Muka Iwan dipenuhinya lebam akibat tumbukan lawannya. Farah terus mengheret Iwan ke tempat persembunyian Scopion.

Di sana, Farah membantu Iwan dengan meletakkan ubat di mukanya. Iwan hanya membiarkan saja Farah merawat muka. Dalam diam, Iwan menilik muka Farah dan tiba-tiba jantung dia berdegup dengan kencang .

‘Ish, kenapa dengan jantung aku ni? Kenapa tiba-tiba je jantung aku berdegup kencang?’ Gumam Iwan dalam hatinya .

            “Dah puas tilik muka aku hah?” Soal Farah setelah selesai merawat muka Iwan dengan muka yang serius .

            “Hah? Bila masa pulak aku tilik muka kau? Tak payah nak perasan, ok. Aku tengok je muka kau tapi aku tengah fikir pasal lain. Takde masa la aku nak tilik muka kau. Kau bukannya cantek sangat.” Iwan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Jantung dia semakin kuat berdegup apabila terkantoi dengan Farah.

            “Cet! Kau ni, aku gurau je pun. Jahat la kau ni. Ada ke patut cakap aku ni tak cantek. Kalau kau nak tahu, ramai tau lelaki yang nak kat aku ni!”  Jawab Farah sambil mengekek ketawa manakala tangannya mengetuk kepala Iwan.

            “Hoi! Sakit la kepala aku. Kau ingat kepala aku apa hah ” Marah Iwan seraya tangannya menggosok kepalanya.

            “Hahaha. Dah jom la kita balik. Dah pukul berapa dah ni. Aku dah la tengah mengantuk ni. ” Ajak Farah.

            Sesampai sahaja di rumah, Farah terus masuk ke dalam biliknya untuk menyambung tidurnya yang tergendala. Ketika dia ingin menarik selimutnya , telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk . Dia terus membuka mesej itu.

‘Thanks Far tolong rawat muka aku ni :D’

‘No hal la beb. Kau kan kawan baik aku! :P’

‘Nanti aku belanja kau makan eyh.’

‘Erm, ok. Dah la aku nak tido dulu. Ngantuk sangat ni. Nasib baik esk cuti . Boleh aku tido puas2.’

‘Okla Far. Sembahyang dulu sblm tido tu.’

            Farah terus melihat jam locengnya . Patut pun Iwan menyuruhnya sembahyang dulu . Rupa-rupanya dah pukul 6:00 pagi. Farah terus membalas sms dari Iwan.

‘Baiklah ustaz ! :P’

            Iwan hanya tersenyum apabila membaca sms dari Farah.

‘Ada ke patut cakap aku ni ustaz.’ Gumam Iwan.


            Sejurus membalas sms Iwan, Farah terus ke bilik airnya untuk mengambil wudhuk. Selepas menunaikan kewajipan, Farah terus merebahkan dirinya ke katil yang empuk. Tidak lama kemudian, dengkuran halus kedengaran. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments 0
Posted by ✿ Miss Felix Farah ✿
Subscribe to: Posts ( Atom )
Copyright 2010 Miss Felix Farah .All rights reserved.Powered by Blogger
Presented by Luggage , Columbus Hotels , Windows SharePoint Services , Designed by Dedicated Hosting .