BAB 2
“OMG! Weh, kau nampak tak
tu?” Tanya Liyana dengan mulutnya terbuka luas ketika melihat Ezmiel Raykal
sedang bermain bola sepak di padang sekolah.
“Nampak apa beb? Yang hang
bukak mulut hang luas macam tu pasai pa? Nak suruk cik lalat masuk ka?” Soal Farah
dengan malas dalam longhat Kedah sambil mengunyah makanan di tepi padang, port
yang selalu mereka makan .
Hari ini, dua kawannya yang
lain, Hakimah dan Mariam tidak rehat bersama mereka kerana berpuasa. Meraka
baru saja mula puasa ganti.
“Tu hah, lelaki idaman sekolah
kita ni. Makin lama makin hensem la pulak aku tengok. Dah la tinggi, putih,
kaya, pandai main bola sepak pulak tu.” Jawab Liyana dengan matanya tidak
lekang melihat aksi Ezmiel Raykal bermain bola sepak.
Ezmiel Raykal adalah senior
kepada Farah dan Liyana. Dia tua setahun daripada mereka berdua. Dia juga
merupakan budak lelaki yang digilai oleh pelajar perempuan di SMK Tengku Lela
Segara. Dia berkacukan England, anak Tan Sri Kamal, pemegang saham terbesar di
Malaysia dan pemilik empayar perniagaan Elizeberth.
Tapi bagi Farah, Ezmiel
Raykal adalah budak biasa yang mempunyai sifat playboy yang suka memainkan
perasaan orang lain, suka memandang rendah pada orang lain dan hanya berkawan
dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
“Tengku Farah Tengku Ahmad!
Are listening to me?” Sergah Liyana sambil menepuk tangannya dengan kuat.
“Oh mak kau tergolek
terjatuh dalam longkang. Ish kau ni Yana, nasib baik aku takde penyakit
jantung, kalau tak mesti aku dah k.o kat sini! Sape yang susah, kau jugak kan.”
Marah Farah apabila disergah oleh Liyana. Tangannya perlahan-lahan mengurut
dadanya. Kus semangatnya.
“Hahaha. Amboi makcik,
cantek kau telatah. Kalau mak mertua lalu depan kau, confirm kena reject
awal-awal. Tulah, aku cakap kau tak dengar . Asyik tengok si Ezmiel je. Kau
tangkap cintan dengan dia eyh? Kau jangan, aku dah cop dia dulu.” Kata Liyana
sambil mengekek ketawa melihat Farah melatah.
Farah hanya mencebik takkala
Liyana bercakap.
‘Nasib baik la kau ni kawan baik aku selepas
Iwan, kalau tak dah lama aku patahkkan tangan kau.’ Guman Farah dalam hati.
“Huh , aku tangkap cintan
dengan mamat playboy tu? Oh sorry my friend, simpang malaikat 44 la. He is not
my taste la.” Jawab Farah sambil meneruskan suapannya yang tergendala.
“Amboi, bukan ke Ezmiel tu
ada sedikit taste kau ke ” Soal Liyana.
“Memang la dia tu ada
sedikit taste aku, tapi aku pun tak tau kenapa aku tak suka dia. Mungkin sebab
dia tu dari planet lain kot.” jawab Farah dengan selamba .
“Cett, makcik ni. Aku tanya
kau serius ni, kau pulak main-main” Liyana sudah memuncungkan mulutnya sedepa.
“Weh, aku serius la ni. Buat
apa aku main-main dengan kau, takde mase la. And stop doing that face. Buruk
bebenor aku tengok. Dah nak sama macam cik itik gembo-gembo dah. Terutamanya
bahagian muncung tu. Kau adik-beradik dengan cik itik gembo-gembo eyh?” Farah
mengekek ketawa mengejek Liyana.
“Ish, malas la aku nak layan
kau. Boleh jadi gila aku tau tak!?” Marah Liyana. Dia tahu yang Farah hanya
bergurau dengannya, tapi dia saja je nak merajuk dengan Farah.
“APA!! Kau gila? Jap aku nak
pergi panggil Puan Aida suruh bawak kau pergi ke Hospital Tanjung Rambutan
sekarang jugak.” Kata Farah sambil bangun dan mengekek ketawa.
“ FARAH! kau ni tak
abis-abis dengan lawak kau yang tak berapa lawak tu! Ish, dah la, jom kita
masuk kelas. Kejap lagi masa Biologi. Nanti Puan Zawiyah marah kita pulak kalau
kita masuk lambat.” Liyana memberikan jelingan tajam buat Farah.
Farah hanya tersengih sambil
menunjukkan giginya tersusun rapi dan mengeluarkan tanda peace pada jarinya.
“Yang kau tersengih macam
kerang busuk ni kenapa? Kalau kau nak buat iklan Colgate, bukan kat sini!”
Marah Liyana. Kepalanya tidak habis menggeleng melihat keletah Farah yang
persis seperti budak 10 tahun.
Liyana menarik tangan Farah
dan melangkah laju ke kelas mereka di tingkat 2. Mereka sudah lewat 5 minit ke
kelas. Patut pun kawasan padang senyap sunyi je tadi, rupa-rupanya dah habis
masa rehat. Nasib baik la cik abang pengawas tadi tak bagi ‘surat cinta’ kepada
mereka. Kalau tak, memang rosak la rekod mereka yang bersih lagi murni tu.
Nasib mereka sekali lagi
baik. Apabila mereka masuk ke kelas mereka, Puan Zawiyah masih tidak kelihatan.
Mereka mengeluh kelegaan. Ketua kelas mereka, Mursyid terus menerpa kearah
mereka.
“Apsal korang berdua masuk
lambat hah? Nasib baik cikgu tak masuk lagi. Kalau tak, aku nak jawab apa
dengan cikgu ‘kesayangan’ kau tu, hah Farah?” Marah Mursyid.
“Ala, sorry la Syid, Kita
orang pergi singgah tandas tadi. Ni ha, Farah tiba-tiba sakit perut. Dia pergi
la membuang hajat besar dia tu.” Jawab Liyana spontan mewakili Farah. Pandai
sungguh dia kelentong Mursyid.
‘Ish Yana ni. Aku pulak yang
jadi mangsa kau kan. Buat la alasan yang cun sikit.’ Guman Farah seraya
mencubit Liyana. Liyana hanya tersengih sahaja.
“Hahaha. Tau pun takut
dengan aku. Aku gurau je la. Cikgu ‘kesayangan’ kau jumpa dengan aku tadi, dia
cakap yang dia masukk lambat sikit hari ni. Weh Farah, kau pergi membuang heh?
Patut pun bau busuk semacam je.” Kata Musyid sambil menekan perutnya menahan
ketawanya daripada meletus.