PROLOG
Alunan suara Akon
menyanyikan lagu Mr.Lonely memecahkan kesunyian malam. Farah mendengus kasar
apabila telefon bimbitnya berbunyi. Potong stim betul la manusia ni! Siapa la
yang berani menganggu tengah malam buta macam ni.
Farah mengambil telefon
Samsung Galaxy S4 di atas meja sebelah katilnya. Skrin telefon dilihat.
‘Ada apa hal pulak mamat ni
telefon aku malam buta ni ?’ Guman Farah perlahan.
Ketika hendak menjawab
panggilan, tiba-tiba telefonnya berhenti berbunyi. Selang sesaat, telefonnya
kembali mengalunkan lagu Mr.Lonely. Sah. Ini mesti ada sesuatu yang penting
yang hendak dikhabarkan. Farah terus menjawab panggilan.
“Farah, cepat datang ke
Jalan Tar sekarang jugak! Geng Naga tengah menceroboh kawasan kita ni. Kau kena
datang jugak, tolong kita orang kat sini. Geng dia orang ramai ni. Aku dengan
budak-budak baru tengah berlawan dengan dia orang. Aku tak cukup tangan dah nak
lawan geng Naga ni. Budak-budak ni pun dah lembik dikerjakan mereka.” Iwan
bercakap sambil tercungap-cungap. Suara Iwan ditenggelami oleh bunyi bising akibat pergaduhan yang berlaku.
“Apa!? Ok, aku datang
sekarang jugak. Kau tunggu aku.” Farah terkejut apabila mendapat berita dari Iwan,
kawan baik lelakinya di telah dikenali sejak kecil lagi.
“Kau jangan datang lambat
sangat Far! Aku kat sini dah tak larat nak lawan mereka ni.” Kata Iwan senafas.
Kemudian, telefon terus
dimatikan oleh Iwan. Farah bergegas turun dari katilnya dan menyalin pakaian
yang sesuai. Dia pergi ke lacinya dan mengambil topeng untuk menutup mukanya
agar tidak diketahui oleh orang lain. Dia merupakan ketua gangster yang
dinamakan Scorpion. Dia dikenali sebagai Red Tail.
Farah terjengket-jengket
melangkah ke pintu belakang untuk keluar. Sejurus itu, dia terus memanjat pagar
rumahnya dan terus menahan teksi untuk pergi ke Jalan Tar. Apabila dia sampai
di Jalan Tar, dia melihat ahlinya telah terjelepok di atas tanah dan hanya
tinggal Iwan sahaja yang masih berlawan dengan geng Naga.
Farah terus mengorak langkah
ke arah Iwan dan membantunya berlawan dengan geng Naga itu. Pada pukul 3 pagi
baru lah mereka selesai berlawan dengan geng Naga. Muka Iwan dipenuhinya lebam
akibat tumbukan lawannya. Farah terus mengheret Iwan ke tempat persembunyian
Scopion.
Di sana, Farah membantu Iwan
dengan meletakkan ubat di mukanya. Iwan hanya membiarkan saja Farah merawat
muka. Dalam diam, Iwan menilik muka Farah dan tiba-tiba jantung dia berdegup
dengan kencang .
‘Ish, kenapa dengan jantung
aku ni? Kenapa tiba-tiba je jantung aku berdegup kencang?’ Gumam Iwan dalam
hatinya .
“Dah
puas tilik muka aku hah?” Soal Farah setelah selesai merawat muka Iwan dengan
muka yang serius .
“Hah?
Bila masa pulak aku tilik muka kau? Tak payah nak perasan, ok. Aku tengok je
muka kau tapi aku tengah fikir pasal lain. Takde masa la aku nak tilik muka
kau. Kau bukannya cantek sangat.” Iwan mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Jantung dia semakin kuat berdegup apabila terkantoi dengan Farah.
“Cet!
Kau ni, aku gurau je pun. Jahat la kau ni. Ada ke patut cakap aku ni tak
cantek. Kalau kau nak tahu, ramai tau lelaki yang nak kat aku ni!” Jawab Farah sambil mengekek ketawa manakala
tangannya mengetuk kepala Iwan.
“Hoi! Sakit
la kepala aku. Kau ingat kepala aku apa hah ” Marah Iwan seraya tangannya
menggosok kepalanya.
“Hahaha.
Dah jom la kita balik. Dah pukul berapa dah ni. Aku dah la tengah mengantuk ni.
” Ajak Farah.
Sesampai
sahaja di rumah, Farah terus masuk ke dalam biliknya untuk menyambung tidurnya
yang tergendala. Ketika dia ingin menarik selimutnya , telefonnya berbunyi
menandakan ada mesej masuk . Dia terus membuka mesej itu.
‘Thanks Far tolong rawat muka aku ni :D’
‘No hal la
beb. Kau kan kawan baik aku! :P’
‘Nanti aku belanja kau makan eyh.’
‘Erm, ok.
Dah la aku nak tido dulu. Ngantuk sangat ni. Nasib baik esk cuti . Boleh aku
tido puas2.’
‘Okla Far. Sembahyang dulu sblm tido tu.’
Farah
terus melihat jam locengnya . Patut pun Iwan menyuruhnya sembahyang dulu . Rupa-rupanya
dah pukul 6:00 pagi. Farah terus membalas sms dari Iwan.
‘Baiklah ustaz ! :P’
Iwan
hanya tersenyum apabila membaca sms dari Farah.
‘Ada ke patut cakap aku ni ustaz.’ Gumam Iwan.
Sejurus
membalas sms Iwan, Farah terus ke bilik airnya untuk mengambil wudhuk. Selepas
menunaikan kewajipan, Farah terus merebahkan dirinya ke katil yang empuk. Tidak
lama kemudian, dengkuran halus kedengaran.
0 comments :
Post a Comment