BAB 1
Farah terus bangun apabila perutnya berkeroncong meminta
untuk diisi. Farah melangkah malas ke bilik airnya selepas mengemas tempat
tidurnya. Farah merupakan seorang yang mementingkan kebersihan.
Selesai
mandi dan mengenakan baju T, Farah terus turun untuk makan. Apabila sampai di
ruang tamu, ayahnya, Tengku Ahmad menegurnya .
“Amboi
anak dara sorang ni, dah pukul 11:30 pagi baru bangun.”
“Ala
papa, hari ini kan hari cuti. Farah bangun la lambat.” Farah menjawab sambil
menayangkan giginya yang tersusun rapi.
“Kamu tu
anak dara, Farah. Tak elok bangun lewat. Nanti lambat dapat jodoh tau.” Giliran
mamanya, Puan Hasmah menegurnya.
“Farah
baru je umur 16 tahun la mama.” Farah
terus duduk di sebelah mamanya .
“Lambat
laun kamu akan kahwin jugak.” Bidas Puan Hasmah.
Farah
hanya mencebik takkala mamanya bercakap. Tengku Ahmad yang sedang membaca surat
khabar hanya menggeleng ketika isterinya bercakap pasal kahwin. Puan Hasmah
merengus perlahan apabila Farah mencebik.
“Kamu ni
dah mandi ke belum? Kalau tak mandi lagi tu, pergi mandi dulu baru makan. Pagi
ni mama buat nasi goreng je. Owh, lagi satu, nanti mama dengan papa nak pergi
jumpa dengan Uncle Man.” Puan Hasmah menjeling anak perempuannya.
“Ish
mama ni, Farah dah mandi la. Wangi lagi tau. Mama masak nasi goreng? Yay!!”
Farah sudah bangun dari sofa untuk ke dapur.
“Hurm,
budak ni ikut sama la agaknya.” Gumam Puan Hasmah.
“Ikut
sayang la tu, sapa lagi yang dia ikut.” Balas Tengku Ahmad.
“Ish
abang ni. Dia ikut abang la, kenapa pulak saya.” Puan Hasmah menjeling
manja ke arah suaminya.
“Hurm, dah la. Jom kita
gerak sekarang. Nanti lambat pulak sampainya.” Ajak Tengku Ahmad sambil melipat
kembali surat khabar yang dibacanya.
Puan Hasmah terus ke dapur
untuk memberitahu anaknya. Puan Hasmah menggeleng melihat anaknya makan seperti
10 tahun tak makan.
“Farah,
mama dengan papa pergi dulu ye.” Puan Hasmah menepuk bahu anaknya.
“Mama
nak pergi dah ke?” Soal Farah dengan nasi penuh dalam mulutnya .
“Ish
budak ni, telan la dulu nasi tu baru bercakap. Ni tak, nasi penuh dalam mulut. Yelah,
nanti lambat sampai pulak. Kuala Terengganu tu bukannya dekat, jauh
perjalanannya.” Jawab Puan Hasmah.
“Erm, ye lah mama. Hati-hati tau.” Farah meneruskan
suapan terakhirnya.
“Hurm,
oklah mama pergi dulu ye ” Puan Hasmah mengusap kepala Farah.
Farah
menyalami tangan mamanya dan menciumnya. Sejurus Puan Hasmah keluar, Farah
membasuh pinggan yang digunakannya. Selepas itu, dia terus menonton televisyen.
Dia membuka cerita Running Man yang
direkodnya semalam. Rancangan Running Man merupakan rancangan variety show
Korea yang semakin terkenal di Malaysia.
Farah tergelak apabila Gary, salah
seorang peserta Running Man diejek kerana bajunya terkoyak apabila ditarik oleh
Song Ji Hyo ketika ingin melarikan diri dari Song Ji Hyo , pihak lawannya.
0 comments :
Post a Comment